Penerjun Sukan Universiade Terima Insentif Dari KPT

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ratu terjun negara Pandelela Rinong merupakan penerima insentif paling tinggi antara tiga lagi rakan sepasukannya menerusi pencapaian mereka pada temasya Sukan Universiti Dunia ke-26 (Universiade 2011) di Shenzhen, China, bulan lepas.

Pandelela menerima insentif berjumlah RM17,500 dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selepas merangkul sebutir perak dalam acara 10m platform dan dua gangsa menerusi acara 10m platform segerak berpasangan dan acara berpasukan.

Pada temasya dwitahunan itu, pasukan penerjun wanita menyumbang sebutir pingat perak dan dua gangsa kepada kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan cek insentif tersebut kepada barisan penerjun negara itu di sini, Isnin.

Selain Pandelela, Leong Mun Yee yang memenangi pingat gangsa bagi acara 10m platform segerak berpasangan dan acara berpasukan wanita menerima insentif wang tunai sebanyak RM10,000.

Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hong yang memeraih pingat gangsa bagi acara berpasukan wanita masing-masing menerima RM2,500 setiap seorang.

Pandelela, atlet berusia 18 tahun dari Sarawak, berkata beliau tidak sangka pihak KPT akan memberi insentif dalam bentuk wang tunai yang besar di atas kejayaan tersebut.

"Saya akan guna sebaiknya duit ini sebagai simpanan untuk kegunaan masa hadapan," katanya yang akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Piala Asia di Pusat Akuatik Negara, Bukit Jalil, pada akhir bulan ini.

Sementara itu, Mun Yee mengucapkan terima kasih kepada KPT atas pemberian insentif tersebut dan berazam untuk memenangi lebih banyak lagi pingat pada kejohanan yang akan datang.

"Pemberian ini ibarat sebagai duit raya daripada KPT dan saya amat gembira dengannya," katanya.

Malaysia menduduki tangga ke-48 dari 152 negara pada Universiade 2011.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan