Djokovic, Federer Berentap Rebut Tiket Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Djokovic mara ke separuh akhir selepas menang ke atas rakan sepasukannya, Tipsarevic pada aksi suku akhir.
Djokovic mara ke separuh akhir selepas menang ke atas rakan sepasukannya, Tipsarevic pada aksi suku akhir.

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic dan juara lima kali, Roger Federer bakal berentap pada separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat selepas kedua pemain ini menewaskan lawan masing-masing pada saingan suku akhir, Jumaat.

Djokovic, pilihan utama yang juga naib juara 2007 dan 2010, menempah tiket ke separuh akhir buat kali kelima berturut-turut apabila rakan sepasukannya dalam skuad Piala Davis Serbia, Janko Tipsarevic tidak meneruskan perlawanan kerana kecederaan paha kiri.

Djokovic meraih kemenangan ke-62 tahun ini apabila usaha keras Tipsarevic yang layak ke suku akhir buat kali pertama berakhir kerana mengalami kecederaan paha pada set ketiga.

Sementara itu, Federer berjaya membalas dendam kekalahannya di Wimbledon kepada Tsonga apabila pemain Perancis itu muncul pemain pertama mengalahkan pemenang 16 kejuaraan Grand Slam itu selepas ketinggalan dua set.

Selain itu, pencabar utama Djokovic, Rafael Nadal, pemain kedua dunia mara ke suku akhir menerusi kemenangan 7-6 (7/1), 6-1, 6-3 ke atas pemain Luxembourg, Giller Muller, selepasa perlawanan yang tertangguh sejak Selasa lalu.

Andy Murray layak apabila menang 6-2, 6-3, 6-3 ke atas Donald Young dari AS manakala pemain AS, Andy Roddick akan berdepan Nadal selepas menundukkan pilihan kelima David Ferrer 6-3, 6-4, 3-6, 6-3. Murray pula bertemu John Isner dari AS.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan