Tindakan Pemain Keluar BAM Sukarkan Usaha Melahir Atlet Pelapis

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Tindakan pemain keluar dan berada di luar naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya menyukarkan lagi usaha melahirkan barisan pemain pelapis yang mampu mengharumkan nama negara dalam sukan itu seperti Datuk Lee Chong Wei.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata situasi itu juga meletakkan kementerian dalam dilema untuk memilih sama ada menyalurkan bantuan menerusi badan induk itu, atau terus kepada pemain yang membawa haluan sendiri.

"Kita sedar sekarang ramai yang bertanya tentang pelapis kita, dan pelapis kitapun sekarang ada yang berada di luar (BAM), yang terbaru semalam, pasangan bekas beregu nombor dua negara melakukan perkara sama dan ini menyulitkan kerajaan untuk bantu yang mana," katanya ketika ditemui selepas majlis pengagihan bubur lambuk dan Jalur Gemilang di Centre Point, Isnin.

Beliau berkata pemain profesional badminton negara belum sampai ke peringkatboleh bergantung sepenuhnya kepada tajaan dan hadiah kemenangan bagi menampung keperluan seperti penginapan dan latihan setiap kali menyertai kejohanan di luar negara.

"Konsep profesionalisme dalam badminton belum menjadi lagi, tidak boleh kalau mereka keluar (BAM), harap duit tajaan dan hadiah kemenangan, masih tidak mencukupi kerana mereka masih memerlukan bantuan kerajaan dari segi tambang, latihan dan tempat tinggal.

"Sebab itu, saya prihatin isu ini (pemain keluar dari BAM) kerana sekiranya ramai pemain berbakat, tetapi berada di luar BAM, ia akan menyulitkan kerajaan untuk membantu," katanya.

Sabtu lepas, Presiden BAM Datuk Seri Nadzmi Salleh memberitahu media, pasangan Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari memohon keluar dari naungan badan induk itu pada 17 Ogos lepas.

Mengulas saranan Chong Wei agar Malaysia mengikuti jejak China dengan menghantar lebih ramai pemain pelapis bertanding di peringkat antarabangsa, Ahmad Shabery berkata langkah itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi, dan ia boleh dijayakan jika pihak swasta menaja sebahagian daripada kos berkenaan.

Beliau berkata China mempunyai ramai pemain berkebolehan kerana usaha mengasah bakat mereka dalam sukan itu dimulakan di peringkat wilayah, sedangkan di Malaysia, usaha tersebut masih dilakukan di peringkat pusat.

"Sebab itu, mereka mampu menghantar ramai pemain yang berbakat menyertai kejohanan-kejohanan di luar, sedangkan kita sendiri masih terlalu banyak bergantung kepada latihan di peringkat pusat sedangkan di peringkat negeri, usaha ini tidak giat dilakukan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar persatuan badminton di peringkat negeri aktif melakukan program yang mampu melahirkan pemain berwibawa serta boleh mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan