Nicol Jumpa Duncalf Di Final Skuasy Terbuka Australia

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CANBERRA: Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David mara ke final Kejohanan Skuasy Terbuka Australia selepas menumpaskan bekas juara Rachael Grinham 11-7, 13-11, 11-7 pada separuh akhir, di sini pada Sabtu.

Beliau hanya mengambil masa 34 minit untuk menundukkan pemain tuan rumah itu.

Nicol yang merupakan pilihan pertama kejohanan akan berdepan Jenny Duncalf dari England yang mengejutkan juara bertahan Madeline Perry dari Ireland dengan 11-8, 11-9, 2-11, 11-4.

Grinham yang masih belum dapat menewaskan Nicol sejak 2007, berkata beliau berusaha memberikan yang terbaik terutama pada set kedua perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, Nicol berjaya mematahkan serangan Gringham dengan permainan menarik bagi memastikan kelebihan 2-0.

"Saya tahu jika saya biarkan beliau menguasai permainan beliau akan terus mengasak, jadi set kedua itu memang mata yang penting buat saya," kata Nicol yang mengakui Gringham bermain dengan baik.

"Saya gembira dapat mara ke final," kata Nicol.

Gringham juga mengakui kegagalannya memenangi set kedua memberi kelebihan kepada Nicol.

"Memang sukar untuk bangkit semula selepas ketinggalan 2-0 apabila berdepan dengan Nicol," kata bekas pemain nombor satu dunia itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan