Chong Wei Mara Ke Pusingan Akhir Kejohanan Dunia

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley di London, Sabtu.

Beliau, yang juga pilihan utama kejohanan, mengenepikan pilihan keenam Chen Jin dari China 21-13, 21-9.

Chong Wei mempamerkan permainan cemerlang pada set pertama termasuk melakukan beberapa pukulan kilas dan lintang yang mematikan gerakan Chen Jin.

Pada set kedua, Chen Jin cuba bangkit dengan mendahului 0-4 pada minit-minit awal permainan, namun Chong Wei berjaya menyamakan kedudukan 7-7 dan terus menguasai permainan sehingga mata penamat.

Ini merupakan kali pertama Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu sepanjang bergelar pemain badminton profesional.

Beliau juga merupakan perseorangan negara pertama yang melakukannya selepas Wong Choong Han pada 2003.

Dalam perlawanan akhir Ahad, perseorangan nombor satu dunia itu akan bertemu pemenang perlawanan di antara pemain China Lin Dan (pilihan kedua) dengan Peter Hoeg Gade (pilihan ketiga) dari Denmark yang akan berlangsung selepas 11.30 malam Sabtu waktu Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan