Tiga Pemain Negara Dapat Wildcard Untuk ATP Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pemain negara telah menerima 'wildcard' rasmi untuk Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, dari 24 Sept hingga 2 Okt ini.

Menurut kenyataan penganjur, pemain tersebut ialah pemain nombor satu negara, Si Yew Ming, Ariez Elyaas Deen Hesham dan Ahmed Deedat Abdul Razak.

"Impian jangka panjang kami adalah untuk melihat seorang pemain tempatan layak ke undian utama berdasarkan ranking dan akhirnya melahirkan seorang juara ATP tempatan," kata pengarah kejohanan Nick Freyer.

Ariez Elyaas dan Ahmed Deedat akan menggalas cabaran negara pada acara kelayakan perseorangan dari 24 dan 25 Sept ini.

Mereka perlu menang sekurang-kurangnya dua perlawanan menentang pemain profesional pada pusingan kelayakan sekiranya mahu layak ke undian utama 28 pemain perseorangan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan