Jurulatih Sasar Beregu Koo/Tan Layak Ke Final Kejohanan Dunia

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih beregu kebangsaan Rexy Mainaky menyasarkan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong mampu melayakkan diri ke final Kejohanan Badminton Dunia di London (8-14 Ogos) dan akan bertemu beregu nombor satu dunia dari China Cai Yun dan Fu Haifeng.

Walaupun pasangan itu tidak memenangi sebarang gelaran pada kejohanan Grand Prix atau Super Series kebelakangan ini, Rexy berkata beregu nombor empat dunia itu berjaya melayakkan diri ke final kejohanan berprestij All England pada Mac.

"Keadaan adalah sama seperti tahun lepas. Mereka tidak menang apa-apa pada GP dan Super Series, tetapi mereka cemerlang dalam Kejohanan Dunia. Nampaknya mereka membuat persediaan untuk ini,” katanya kepada Bernama di sini Isnin. Beregu nombor satu Malaysia itu layak ke final Kejohanan Dunia tahun lepas namun gagal menjulang gelaran setelah tumpas kepada Cai Yun dan Fu Haifeng 21-18, 18-21, 14-21.

Rexy, yang mempunyai keyakinan tinggi terhadap prestasi pasangan itu berkata skuad negara juga membuat persiapan lebih baik tahun ini dengan menjalani sesi latihan di Bath, London, kira-kira dua minggu sebelum kejohanan.

“Bagaimanapun kami tidak mahu terlalu yakin mengenai (layak ke final). Saya sebagai jurulatih, bukan sahaja Koo dan Tan, telah banyak belajar daripada pengalaman lepas iaitu lebih baik bersikap tidak terlalu menonjolkan diri,” katanya.

Koo dan Tan, yang mendapat bye pada pusingan pertama, dijangka bertemu pasangan China, Liu Xiaolong/Qiu Zihan pada pusingan kedua.

“Mereka tidak pernah bertemu pasangan ini sebelum ini dan mereka perlu berhati-hati dengan mereka. Pasangan ini mungkin telah diberi tunjuk ajar oleh rakan-rakan mereka bagaimana untuk berdepan dengan mereka," katanya mengulas mengenai undian.

Pasangan beregu pilihan lain dalam kumpulan Koo/Tan termasuk Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark, Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong dari Korea, Mohamad Ahsan/Bona Septano dari Indonesia dan Chai Biao/Guo Zhendong dari China.

Koo dan Tan pernah mengalahkan semua pasangan berkenaan kecuali beregu Korea Ko/Yoo yang kemungkinan akan bertemu pada suku akhir.

"Ia akan menjadi perlawanan suku akhir yang sukar bagi mereka tetapi kali ini saya pasti mereka dapat mengalahkan beregu Korea," kata Rexy. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan