Hajat Nicol Tak Kesampaian Di Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Penguasaan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David pada Kejohanan Wanita Masters Singapura berakhir di peringkat separuh akhir dengan kekalahan mengejut kepada pemain England, Laura Massaro, malam ini (Jumaat).

Impian Nicol untuk memburu kejuaraan kelima berturut-turut tidak kesampaian apabila Massaro bangkit mulai set ketiga untuk mencipta kejutan dengan keputusan 9-11, 7-11, 11-8, 11-8, 11-5 di Vivo City di sini.

Massaro, 27, pemain nombor tujuh dunia itu, akan menentang pemain Ireland Utara, Madeline Perry pada perlawanan akhir Sabtu.

Kekalahan Nicol kepada Massaro hari ini adalah kali kedua dalam 10 pertemuan antara mereka sebelum ini dengan kekalahan sulung pada perlawanan akhir Cleveland Racquet Classic 2011 di Ohio, Amerika Syarikat, pada Februari lalu.

Nicol, yang memegang status nombor satu dunia sejak lima tahun, nampak selesa selepas memenangi dua set pertama tetapi di akhir pertarungan selama 85 minit, Massarro yang meraikan kemenangan.

"Ini adalah detik penuh emosi bagi diri saya...selepas bangkit dari ketinggalan dua set sebelum mengalahkan pemain nombor satu dunia," katanya.

Sementara itu, Nicol berkata Massarro menampilkan aksi baik dan pintar sehingga memberikannya tekanan.

"Saya turut melakukan beberapa kesilapan dan ini dijangkakan apabila berada dalam keadaan tertekan. Saya kecewa dengan kekalahan ini dan akan pulih daripada ini sebelum beraksi pada Terbuka Australia awal bulan depan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan