Chong Wei Tekad Raih Gelaran Kejohanan Dunia

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei bertekad untuk merangkul kejuaraan pertama beliau dalam Kejohanan Dunia pada acara itu yang akan berlangsung di London dari 8 hingga 14 Ogos ini.

Chong Wei melihat peluangnya lebih cerah kali ini, berbanding tahun-tahun lepas, berikutan persiapan yang lebih sempurna malah beliau dan pemain negara yang lain berpeluang untuk berlatih di Bath, London dua minggu sebelum kejohanan.

"Saya juga berasa lebih yakin. Tahun ini saya telah menang semua kejohanan Siri Super kecuali Korea, jadi saya lihat tahun ini peluang itu lebih cerah.

"Latihan di Bath juga adalah bagus untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan di sana lebih awal," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara beliau dengan Kolej Universiti KDU di kampus utama kolej itu di sini, Rabu.

Pada majlis itu beliau telah dilantik sebagai duta jenama KDU selama dua tahun bermula bulan ini sehingga Jun 2013.

Meskipun telah tiga tahun bergelar perseorangan nombor satu dunia dan merangkul pelbagai kejuaraan Siri Super, Chong Wei masih belum pernah memenangi kejohanan dunia.

Tahun lalu pada kejohanan dunia di Paris, Perancis beliau sekadar ke suku akhir setelah tewas di tangan pemaiIndonesia Taufik Hidayat akibat kecederaan di bahagian belakang badan.

Tahun ini, Chong Wei turut dihantui masalah kecederaan yang sama sehingga menyebabkan beliau menarik diri dari Terbuka Kedah minggu lalu.

Menurut Chong Wei, beliau mula merasai kesakitan di bahagian belakang sejak menyertai Terbuka Indonesia bulan lepas, namun menganggapnya sebagai sakit biasa.

"Sekarang pun masih belum pulih sepenuhnya tapi masih ada tiga minggu lagi sebelum kejohanan dunia itu, jadi masih banyak masa lagi, harap boleh pulih sebelum itu," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan