Nicol Sasar Tujuh Tahun Lagi

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy dunia Datuk Nicol Ann David mahu terus melakarkan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam bidang sukan itu untuk tempoh tujuh tahun lagi sebelum mempertimbangkan untuk bersara.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata selagi layak bermain untuk negara, beliau akan melakukan yang terbaik untuk memenangi kejohanan utama dunia bagi tempoh tujuh tahun lagi.

"Ia satu perjalanan yang menyeronokkan. Saya tidak langsung menyedarinya bahawa kejayaan ini (menggungguli sukan skuasy) sejak 2006 dan sekarang ia suatu yang menggembirakan. Saya sekadar menikmati setiap detik ini dan masa berlaku begitu cepat apabila kita berasa seronok," katanya kepada Bernama.

Setakat ini, Nicol telah memenangi 52 anugerah Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) sejak Februari 2000 apabila beliau menjadi pemain profesional.

Beliau mengungguli senarai Wispa sejak 2006 dan mengekalkan kedudukannya dengan memenangi lebih 50 kejohanan antarabangsa.

Ditanya tentang tempoh beliau boleh mengekalkan kedudukannya sebagai pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Nicol berkata ia bergantung kepada prestasinya dalam pelbagai kejohanan yang disertai.

"Saya tidak dapat menentukan satu jangka masa kerana ia bergantung kepada prestasi saya, tahap kecergasan badan saya dan matlamat saya ialah mendapatkan kemantapan fizikal yang betul untuk membolehkan saya meneruskan cabaran, mungkin untuk tempoh lima hingga tujuh tahun lagi," kata beliau.

Nicol menyasarkan untuk memenangi kejuaraan kali ketujuh CIMB Terbuka Malaysia yang berlangsung pada 18 hingga 23 Julai ini.

Beliau dijadualkan bertemu Donna Urquhart dari Australia pada pusingan pertama di Kompleks Skuasy Negara di Bukit Jalil.

Pusingan suku akhir hingga perlawanan akhir kejohanan itu akan berlangsung di The Curve, Damansara.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan