Kuala Lumpur Yakin Pertahan Piala Tun Razak

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun berdepan masalah kekurangan latihan, Kuala Lumpur yakin dapat mempertahankan kejuaraan Kejohanan Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Melaka pada 23-28 Julai ini.

Pengurus pasukan Mohd Johari Abdul Aziz berkata separuh daripada anggota pasukan itu adalah pemain kebangsaan bawah 21 tahun, yang kini menjalani latihan di Holland dan akan pulang ke tanah air pada 20 Julai ini.

"Kita hanya dapat mengumpulkan semua pemain pada saat-saat akhir iaitu pada 21 Julai ini.

"Dari segi 'fitness level' mereka (para pemain), saya tidak risau, cuma mungkin dari segi kesefahaman dan keserasian," katanya kepada media selepas Undian Pusingan Akhir Piala Tun Abdul Razak 100Plus di pejabat Persatuan Hoki Malaysia di Bukit Jalil, Selasa.

Dalam undian itu, Kuala Lumpur, yang merupakan pasukan Divisyen Satu diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Johor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pulau Pinang.

Pasukan di bawah bimbingan jurulatih I.Vigneswari itu dapat menempatkan diri dalam Divisyen Satu setelah meraih naib johan dan memperolehi mata penuh iaitu 15 mata pada pusingan kelayakan zon tengah pada 27 Mei hingga 3 Julai lepas.

Sementara itu, pasukan-pasukan lain dalam Divisyen Satu iaitu Pahang, Terengganu, Melaka dan Perak pula diundi ke dalam Kumpulan B.

Bagi Divisyen Dua, Projek 2017, Selangor, Perlis dan Kelantan diletakkan dalam Kumpulan A manakala Sarawak, Negeri Sembilan, Sabah dan Kedah ditempatkan dalam Kumpulan B.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan