Nicol Jumpa Pemain New Zealand Pada Terbuka Australia

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, yang bakal membuat kemunculan sulung pada Terbuka Australia, Ogos ini, akan berdepan dengan pemain New Zealand, Kylie Lindsay, pada pusingan pertama.

Pilihan kedua Jenny Duncalf dari England akan membuka saingan dengan menentang pemenang dari pusingan kelayakan pada kejohanan itu di Canberra dari 8 hingga 14 Ogos ini.

Nicol, 27, yang menjadi pemain nombor satu dunia sejak Ogos 2006, menjadi pilihan utama untuk merampas kejuaraan dari penyandang Madeline Perry dari Ireland pada kejohanan bernilai US$200,000 (RM610,000) itu.

Madeline akan mempertahankan kejuaraan dengan memulakan saingan menentang pemain Malaysia, Siti Munirah Jusoh.

Bagaimanapun, pemain tuan rumah menerima undian yang lebih selesa pada pusingan pembukaan dengan pilihan ketiga Rachael Grinham bertemu pemain Republik Czech, Lucie Fialova.

Manakala pilihan kelima Kasey Brown dan pilihan ketujuh Donna Urquhart menentang pemenang pusingan kelayakan.

Dalam acara lelaki, seorang lagi pemain Australia, David Palmer, perlu melepasi pemain nombor lima dunia, Amr Shabana dari Mesir pada pusingan pertama sekiranya mahu menambah kejuaraan kedua selepas 2008.

Pilihan utama Nick Matthew dari England akan mempertahankan kejuaraan dengan menemui pemain Afrika Selatan, Stephen Coppinger, iaitu juara Terbuka Hibiscus Gardens di Brisbane, April lalu.

Pemenang perlawanan antara Matthew dan Coppinger kemudian mungkin berdepan dengan pemain Malaysia, Ong Beng Hee, pada pusingan kedua.

Kesemua empat pemain lelaki Australia yang layak ke undian utama bakal berdepan dengan lawan yang tidak kurang hebatnya.

Cameron Pilley akan menemui pemain nombor enam dunia Gregory Gaultier dari Perancis manakala Aaron Frankcomb menentang pilihan ketujuh Peter Barker dari England.

Juara empat kali Terbuka Australia, Stewart Boswel, akan menentang pemain nombor satu India, Saurav Ghosal, dan kemungkinan berdepan dengan pilihan kedua Ramy Ashour dari Mesir pada pusingan kedua. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan