Terbuka Indonesia: Kehebatan Pemain China Tidak Gentarkan Saina Nehwal

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Bagi kebanyakan pemain, kehebatan para pemain perseorangan wanita China amat digeruni. Namun, bukan kepada Saina Nehwal.

Bintang badminton India itu yang hampir memenangi gelaran ketiga berturut-turut pada Terbuka Indonesia, namun tumpas kepada pemain China, Wang Yihan dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Ahad, berpendapat barisan pemain wanita China yang pernah menggegarkan dunia kini tidak lagi sehebat dahulu.

"Saya tidak takut berdepan mereka. Saya tidak pernah takut dengan mereka. Sebaliknya mereka kini takut dengan saya. Saya pernah mengalahkan ramai pemain terbaik mereka," kata Saina yang kalah 21-12,21-23,14-21 kepada pemain nombor tiga dunia itu.

Pencapaian pemain kelahiran Hyderabad itu yang agak suram setakat tahun ini apabila hanya memenangi Terbuka Swiss, gagal menyaingi kehandalan Yihan dan mengakui agak gementar semasa set ketiga.

"Beliau memberikan tentangan hebat dan anda perlu kagumi usahanya itu. Tetapi saya bangga dengan pencapaian saya di sini. Layak ke perlawanan akhir bagi tiga tahun berturut-turut merupakan sesuatu yang amat saya hargai.

"Keadaan kurang memihak kepada saya akhir-akhir ini tetapi pengalaman bermain di sini akan saya manfaatkan pada Kejohanan Dunia London pada Ogos. Dan saya rasa yakin bahawa keadaan akan lebih baik di London," kata pemain nombor 4 dunia itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan