Terbuka Indonesia (Badminton): Nasib Berbelah Bagi Pemain Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Datuk Lee Chong Wei menerajui barisan pemain negara pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang menawarkan hadiah wang US$600,000 (RM1.815 juta) di Stadium Istora Senayan di sini Rabu.

Chong Wei, pemain nombor satu dunia, membuka saingan dengan mudah mengalahkan pemain tuan rumah, Tommy Sugiarto 21-16, 21-8.

Bagaimanapun, saingan pemain negara lain tidak begitu menonjol khusus apabila tiga beregu lelaki menerima tamparan hebat pada saingan pembukaan.

Gandingan Gan Teck Chai dan Tan Bin Shen gagal memberi cabaran apabila tunduk 21-10, 21-19 kepada pasangan Jepun, Naoki Kawamae dan Shoki Sato manakala beregu kedua Hoon Thien How dan Zakri Abdul Latiff gagal menandingi kualiti yang ditunjukkan oleh beregu Indonesia, Mohammad Ahsan dan Bona Septano.

Beregu ketiga negara Fairuzizuan Tazari dan Ong Soon Hock juga turut gagal menyesuaikan diri dengan kepantasan beregu Taiwan, Fang Chieh Min dan Lee Sheng.

"Kita tidak boleh terus bermain seperti ini. Saya perlu mengakui kombinasi dengan Soon Hock kekurangan sengat dan kepaduan yang diperlukan untuk mengatasi beregu bertaraf dunia," kata Fairuzizuan.

Dalam pada itu, juara beregu wanita edisi 2009, Chin Ee Hui dan Wong Pei Tty, memulakan saingan dengan cemerlang apabila mengalahkan beregu Denmark, Line Kruse/Maria Ropke 21-18, 24-22.

Beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tidak menghadapi masalah mara ke pusingan kedua apabila menundukkan beregu Thailand Songphon Anugrittayoon/Sudket Prapakamol 21-10, 21-7.

"Ini adalah permulaan baik dan harap kami akan teruskan corak permainan kami yang sebenarnya. Pencapaian terbaik kami ialah mara ke separuh akhir pada tahun 2007," kata Boon Heong. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan