Lee Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menumpaskan lawannya dari India, Sourabh Verma dengan mudah untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Super Series Terbuka India di sini, Jumaat.

Walaupun publisiti hebat diberikan kepada bintang sensasi baru India Sourabh, yang menghapuskan beberapa pemain utama di kejohanan itu, namun Chong Wei hanya mengambil masa 25 minit untuk menyingkirkan beliau dari kejohanan itu.

Dengan menggunakan pukulan maut, Chong Wei menghantar shuttle ke serata gelanggang, menyebabkan lawannya berusia 20 tahun itu kepenatan dan Chong Wei memenangi set pertama dalam masa hanya 12 minit.

Beliau mengekalkan strateginya pada set kedua, memberi ruang yang cukup terhadap kepada pemain muda India itu, yang menyertai super series buat kali pertama.

Set ini berakhir 21-7, 21-8.

"Tidak ada tekanan langsunglah! Saya bermain seperti biasa dan kini bersedia untuk berdepan Hu Yun (dari Hong Kong di separuh akhir)," katanya kepada media selepas perlawanan.

Chong Wei, 28, yang belum merangkul sebarang kejuaraan di Terbuka India akan bertemu pemain pilihan kelapan Hu Yun di separuh akhir pada Sabtu di Kompleks Sukan di mana acara yang menawarkan hadiah wang tunai US $200,000 (RM600, 000) itu berlangsung.

Upset terbesar dalam persaingan perseorangan lelaki hari ini ialah bila pemain Korea Selatan Park Sung Hwan mengetepikan pilihan kedua Indonesia Taufik Hidayat 21-17, 21-17.

Dalam pertandingan lain, pilihan ketiga Peter Hoeg Gade, Denmark mengatasi pemain Jepun Takuma Ueda 23-21, 21-10 untuk meraih tempat di separuh akhir, di mana beliau akan mencabar Park.

Dalam regu lelaki, pasangan utama Malaysia Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berdepan dengan lawan cukup mudah dari Korea Woo Cho Gun dan Goo Kwon Yi - mengalahkan mereka dalam straight set 21-19, 21-16.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan