Tiada Lagi Sentuhan Misbun

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS ini tiada lagi pelukan erat seorang jurulatih kepada anak didik yang memberi seribu makna kepada seluruh peminat sukan badminton tanah air apabila jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek secara rasminya menolak untuk bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Hampir empat bulan teka-teki sama ada Misbun akan kembali 'menjaga' prospek emas Sukan Olimpik negara, Datuk Lee Chong Wei akhirnya terjawab selepas beliau menolak tawaran baru BAM untuk mengemudikan pasukan pelapis negara. Kontrak itu pastinya bukan seperti yang diharapkan selepas membuat pusingan U menarik balik surat perletakan jawatan yang dibuat pada 31 Disember tahun lalu.

Tindakan Misbun yang telah mengangkat nama Chong Wei hingga menjadi pemain nombor satu dunia itu tanpa sebarang alasan jelas kepada sesiapa. Namun pada awal April baru-baru ini, beliau kembali memberi berita gembira apabila sedia menerima kontrak baru daripada BAM.

Drama tarik tali ini tidak berhenti di situ kerana selepas menerima kontrak baru itu, Misbun seolah-olah terus berdiam diri dan seperti tidak setuju dengan kontrak yang ditawarkan. Mungkin pada hematnya, selepas kembali ke BAM, beliau akan terus melatih Chong Wei, namun sebaliknya berlaku.

Babak tegang berterusan apabila Chong Wei sendiri seperti berpatah arang dengan Misbun selepas ditinggalkan dan dilihat tiada perasaan teruja apabila mengetahui jurulatih itu akan kembali ke BAM.

Sikap pemain itu juga turut memberi pelbagai reaksi malah kedua mereka juga tidak dilihat mesra seperti sebelum ini. Suasana dingin tanpa bertegur sapa pada satu majlis anjuran Astro Arena sebelum ini menggambarkan 'sesuatu'. Sukar diluahkan apa yang terbuku di hati kedua-dua mereka ini.

Dan kini Chong Wei yang dilatih oleh Tey Seu Bock dan Rashid Sidek seperti tidak ambil peduli drama yang sedang berlangsung, dan terus memberi fokus kepada setiap kejohanan yang disertainya.

Apapun keputusan yang dibuat Misbun ini mungkin ada alasan tersendiri yang sukar dijelaskan. Malah BAM sendiri tidak menerima alasan jelas mengenai surat penolakan tawaran yang diberikan kepadanya.

Jelas Timbalan Presiden, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah selepas mesyuarat Exco BAM pada Khamis, surat yang diterima daripada Misbun tidak menjelaskan apa-apa alasan dan hanya memberitahu beliau menolak tawaran BAM.

Apa yang pasti, ketiadaan bekas pemain no satu negara suatu ketika dulu dalam barisan jurulatih BAM ini dianggap satu kehilangan besar di saat skuad badminton negara sedang menumpukan perhatian dalam misi memburu emas Olimpik 2012.

Diharap selepas ini Misbun terbuka hati untuk berkongsi apa yang sebenarnya berlaku sehingga semua ini berlaku. Persoalannya, adakah disebabkan oleh majikannya, anak didiknya ataupun masalah peribadi?

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan