Prestasi Memberangsangkan Pemain Malaysia Di India

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Pemain Malaysia, bersama pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, mencapai kemenangan mudah pada awal Kejohanan Super Series Terbuka India, untuk mara ke pusingan kedua.

Seperti dijangka, Lee yang menjadi favorit memenangi gelaran sulungnya bagi kejohanan ini, memulakan langkah dengan mengalahkan lawan Indianya Ajay Jayaram.

Pada hari kedua, pemain-pemain lain Malaysia turut mengambil kesempatan dari kejohanan yang kurang kompetitif itu bila sebahagian besar pemain kelas dunia seperti bintang perseorangan lelaki China Lin Dan dan Chen Long bersama perseorangan wanita - Wang Shixian, Wang Yihan dan Wang Xin - tidak hadir.

Namun bakat mereka belum teruji di Delhi, oleh kerana pusingan awal tidak banyak mencetuskan cabaran daripada pemain muda, terutama dari India, Jepun dan Korea Selatan.

Pemain utama kebangsaan seperti regu wanita China Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang menang mudah menentang pemain India Thulasi PC-Siki Reddy, berkemungkinan akan bertindak tegas pada pusingan berikutnya.

Mereka dijadualkan menentang pasangan India Jwala Gutta dan Ashwini Ponnappa, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2010 pada Khamis.

Demikian juga regu lelaki Mohd Zakry Abdul Latif-Thien Hown Hoon akan menghadapi pilihan ketiga Indonesia Alvent Yulianto Chandra dan Hendra Aprida Gunawan.

Dalam pada itu, satu lagi regu Malaysia, Ong Guo Jien-Chong Sook Chin tewas kepada pemain Thai Maneepong Jongjit-Savitree Amitapai 20-22, 6-21.

Kejohanan Terbuka India yang menawarkan hadiah berjumlah US$200,000 (RM600,000) kini dipertingkatkan ke taraf super series, berlangsung di Kompleks Sukan Sri Fort di Delhi dari 26 April hingga 1 Mei.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan