Misbun Tolak Kontrak Baru BAM

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun Sidek menolak kontrak baru yang ditawarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Timbalan Presiden BAM Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah berkata keputusan Misbun itu diterima secara sebulat suara oleh ahli-ahli Majlis BAM yang bermesyuarat di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini Khamis.

"Berikutan penolakan itu, Misbun kini tidak lagi berada dalam barisan kejurulatihan BAM," kata beliau.

Misbun, yang menyertai BAM pada 2002 sebagai ketua jurulatih, menggemparkan arena badminton negara selepas menghantar surat meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan, sehari sebelum kontraknya tamat pada 31 Disember tahun lepas.

Beberapa pertemuan antara beliau dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong dan Presiden BAM Datuk Nadzmi Salleh, gagal memujuk jurulatih itu untuk terus bersama BAM. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan