Chong Wei Fokus Kejohanan Dunia Ogos Ini

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kontroversi peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih semakin reda dan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kini boleh menarik nafas lega serta memfokuskan sepenuh tenaga untuk menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di London, Ogos ini.

Juara All England itu berazam memperbaiki prestasi dalam kejohanan tersebut setelah tewas pada pusingan awal di tangan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat tahun lepas.

"Dalam masa tiga bulan ini (menjelang Kejohanan Dunia) selain berlatih, saya juga perlu menjaga diri, mengelakkan kecederaan dan mendapatkan rehat yang cukup," katanya kepada media selepas menerima hadiah daripada Proton Holdings Berhad berupa Proton Inspira CVT 2.0 hitam metalik di sini hari ini.

Replika kunci kereta itu disampaikan Pengerusi Proton Holdings Berhad Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh. Turut hadir Pengarah Urusan syarikat itu Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Chong Wei berkata hadiah berkenaan membakar semangatnya untuk melakukan yang terbaik pada kejohanan dunia dan Olimpik tahun depan.

Beliau juga berharap hadiah itu akan memberi galakan kepada pemain lain untuk menggandakan latihan bagi membolehkan mereka meraih keputusan lebih memberangsangkan dalam kejohanan yang disertai.

"Kalau mereka mahu dapat kereta juga, mereka kena menang lebih banyak kejohanan," katanya berseloroh.

Berhubung isu Misbun, Chong Wei berkata beliau menerima baik keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi tugas melatih pemain pelapis kepada bekas jurulatihnya itu.

"Misbun masih dalam satu keluarga (Persatuan Badminton Negara), dalam gelanggang yang sama. Saya masih boleh mendapatkan nasihat beliau," katanya.

Sementara itu, Mohd Nadzmi yang juga pengerusi BAM berkata Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM mengambil keputusan tersebut setelah meneliti pengalaman dan kepakaran Misbun, selain mendapat maklum balas daripada Chong Wei sendiri.

"Pembangunan pemain masa depan adalah penting. Chong Wei akan bersara satu hari nanti dan kami mahu ada kesinambungan pemain negara di arena antarabangsa," katanya.

Beliau berkata peranan baru Misbun tidak mengganggu tugas jurulatih pelapis sedia ada iaitu Hendrawan Sugianto, malah memberi peluang kepada Misbun melatih sendiri anaknya, Misbun Ramdan.

Selain itu, Mohd Nazmi berkata BAM menyambut baik peraturan baru Persekutuan Badminton Dunia yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt ketika bertanding.

"Kami sedar sukan bukan sekadar bermain, ia juga mengenai bagaimana anda mempamerkan diri anda dan mencipta imej lebih baik terhadap sukan berkenaan," katanya.

Peraturan baru itu berkuatkuasa 1 Jun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan