Murray Tarik Diri PadaTerbuka Barcelona - Raket | mStar

Murray Tarik Diri PadaTerbuka Barcelona

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tenis nombor empat dunia, Andy Murray menarik diri daripada meneruskan saingan pada Kejohanan Terbuka Barcelona selepas mengalami kecederaan di bahagian siku.

Murray,23, terpaksa menahan kesakitan pada siku kanannya sebelum bertemu Rafael Nadal pada saingan separuh akhir.

“Selepas mendapat nasihat daripada pakar, saya terpaksa menarik diri pada kejohanan di Barcelona kerana kecederaan di bahagian siku kanan.

"Saya memerlukan empat hingga lima hari untuk pulih sebelum menjalani latihan bermula minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Selepas ini Murray dijangka akan meneruskan saingan pada Kejohanan Madrid Masters awal bulan depan, diikuti Rome Masters dan meneruskan perlawanan pada Terbuka Perancis, 22 Mei ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan