Raket Chong Wei Dibeli Dengan Harga RM200,000

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga raket, dua helai baju dan sepasang kasut Datuk Lee Chong Wei, dilelong hari ini bagi mengutip dana bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun di bawah program amal "Hope & Smile".

Salah satu raket yang digunakan Chong Wei ketika menjuarai Kejohanan All-England bulan lepas, meraih harga jualan tertinggi iaitu sebanyak RM200,000 yang dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Pahang.

Manakala satu lagi raketnya yang digunakan dalam perlawanan All-England tersebut pula meraih jualan sebanyak RM85,000.

Kasut pemain nombor satu dunia itu pula meraih hasil RM24,000 manakala dua helai bajunya pula meraih kombinasi jualan sebanyak RM50,000.

Pada program amal di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, Chong Wei turut beraksi di gelanggang menentang pemain Indonesia Taufik Hidayat dalam perlawanan amal.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Chong Wei menumpaskan Taufik 22-20, 19-21 dan 22-20.

Raket yang digunakan Chong Wei dan Taufik pada perlawanan amal itu juga dilelong dengan kedua-dua raket itu meraih jualan sebanyak RM84,000.

Chong Wei ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka raketnya mampu memcecah harga RM200,000.

"Saya percaya pembeli raket itu adalah peminat sukan badminton dan pada masa yang sama juga mahu membantu mangsa bencana di Jepun," katanya.

Chong Wei turut melahirkan rasa gembira kerana dapat memainkan peranan dalam membantu mangsa tsunami di Jepun menerusi sukan badminton.

Difahamkan program amal itu berjaya mengutip lebih RM700,000 sehingga kini.

Taufik berkata beliau gembira kerana dapat bersama Chong Wei membantu mangsa tsunami di Jepun.

"Apa yang telah diusahakan oleh rakan saya Chong Wei perlu diberikan pujian dan saya sedia untuk bersama jika beliau panggil saya sekali lagi," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan