Kemelut Selesai: Badminton Negara Lebih Baik - Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek percaya, berakhirnya kemelut antara Datuk Misbun Sidek dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melonjakkan lagi sukan badminton negara di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata apa yang penting sekarang semua pihak berganding bahu untuk menghasilkan pencapaian lebih baik terutama dalam memburu pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2012 London.

"Saya percaya sukan badminton (negara) selepas ini akan menuju ke beberapa tapak ke hadapan. Yang penting, kita dapat membuahkan hasil yang lebih baik terutama dalam mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Putrajaya Grand Prix 2011 oleh Air Asia bersama pasukan Lotus di Dataran Putrajaya di sini hari ini. Semalam, Misbun 'memecah kesunyian' dengan menarik balik peletakan jawatan sebagai jurulatih perseorangan kebangsaan.

Namun, keputusannya itu belum menamatkan kemelut bersama BAM dengan persoalan kini terarah sama ada beliau akan kembali untuk membimbing anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei.

Mengulas lanjut, Shabery mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana berusaha untuk memastikan kemelut itu selesai.

"Tahniah kepada BAM dan Misbun kerana meletakkan soal perasaan dan hati masing-masing di bawah demi kepentingan negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan