Mohd Azlan Gagal Ke Separuh Akhir Terbuka Amerika Utara

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain utama negara Mohd Azlan Iskandar gagal ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Utara yang berlangsung di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat apabila tewas kepada pemain Mesir Amr Shabana pada Khamis.

Bermain sebagai bukan pilihan, Mohd Azlan kandas dengan 11-7, 6-11, 12-10 dan 12-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 48 minit.

Untuk rekod Mohd Azlan pernah tewas dua kali kepada Amr, bekas pemain nombor satu dunia dalam tiga pertemuan pada kejohanan Professional Squash Association (PSA) sebelum ini.

Amr akan bertemu pilihan utama kejohanan Nick Matthew dari England yang mara selepas lawannya dari Australia David Palmer menarik diri akibat kecederaan buku lali semasa suku akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan