Chong Wei Juara Badminton Sirkit Kebangsaan

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seperti diramalkan, Datuk Lee Chong Wei berjaya menjadi juara kejohanan badminton sirkit kebangsaan Proton 2010 di Stadium Negeri di sini malam Isnin.

Pemain nombor satu negara itu mengalahkan pemain muda Mohamad Arif Ab.Latif 21-15 dan 21 16 di hadapan kira-kira 2,000 orang penonton dalam pertandingan akhir.

Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 di samping piala manakala Mohamad Arif pula menerima hadiah RM3,000 berserta piala.

Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatrankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat.

Sementara itu, Hoon Thien How/Tan Boon Heong muncul juara beregu setelah mengalahkan pasangan Mohd Fairuzizuan Mohd Razari/Ong Soon Hock 21-14,10-21,21-19.

Tee Jing Yi pula muncul juara perseorangan wanita setelah mengenepikan Sonia Cheah Suya dalam perlawanan tiga set 14-21, 21-15, 21-14.

Sementara pasangan Ng Poau Leng/Woon Khe Wei muncul juara beregu wanita apabila menumpaskan pasangan Chong Sook Chin/Goh Liu Ying 21-18, 21-10.

Johan beregu campuran pula, disandang pasangan Tan Boon Heong/Chin Eei Hui manakala pasangan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pula naib johan.

Kejohanan tersebut berlangsung selama empat hari bermula Jumaat lalu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan