Chong Wei Mara Mudah Ke Perlawanan Akhir

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sebagaimana dijangka, Datuk Lee Chong Wei akan melangkah ke pertandingan akhir perseorangan kejohanan badminton sirkit kebangsaan Proton peringkat akhir di Stadium Negeri di sini pada Isnin.

Pemain nombor satu dunia itu akan bertemu pemain muda berbakat Mohamad Arif Ab. Latih, untuk menentukan juara yang akan membawa pulang wang tunai RM7,000.

Dalam pertandingan peringkat separuh akhir malam Ahad, Chong Wei Feng gagal memberikan cabaran kepada pemain utama negara dan tewas 21-16, 21-19.

Bagi acara akhir perseorangan wanita, pertandingan akhir akan menyaksikan pertarungan di antara Sonia Cheah Su Ya (BAM/KL) menentang Tee Jing Yi (BAM/PG).

Sonia terpaksa bertarung tiga set mengenepikan Yang Li Lian (BAM/SL) dan melangkah ke peringkat akhir dengan 21-14,

Untuk acara akhir beregu, pasangan Tan Boon Heong/Hoon Thien How akan bertemu pasangan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Ong Soon Hock.

Di peringkat separuh akhir ini, pasangan Mohd Fairuzizuan/Ong Soon Hock menumpaskan pasangan Mak Hee Chun/Tan Wee Kiong 21-7, 21-18 manakala Tan Boon Heong/Hoon Thien How menewaskan pasangan Chan Peng Soon/Ong JianGuo 24-22, 21-18.

Acara beregu wanita akhir wanita malam Isnin adalah antara pasangan Chong Sook Chin/Goh Liu Ying dengan pasangan Ng Poau Leng/Woon Khe Wei.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan