Chong Wei Menang Mudah Pusingan Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 18 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jaguh negara Datuk Lee Chong Wei membuktikan kehandalannya apabila dengan mudah menumpaskan dua pemain muda pada pusingan awal Kejohanan Akhir Sirkit Grand Prix Kebangsaan Proton 2010 di sini, Jumaat.

Selaku pilihan utama, Chong Wei hanya mengambil masa 30 minit untuk membuka perlawanan Kumpulan A dengan menewaskan Loh Wei Sheng 21-14, 21-10 pada perlawanan sebelah pagi dan kemudian mengenepikan Kam Kuan Chung 21-13, 21-15 pada sebelah malam.

Sementara itu, pemain beregu negara Tan Boon Heong berganding dengan Chin Eei Hui untuk memenangi dua perlawanan dalam acara beregu campuran.

Boon Heong/Eei Hui menewaskan gandingan Vountus Indra Mawan/Ng Poa Leng 21-16, 21-10 dan Nelson Heg Wei Kiat/Shevon Lai Jemie 21-13, 21-6 dalam saingan Kumpulan A.

Boon Heong turut beraksi dalam kategori beregu lelaki dengan Hoon Thien How dan diletakkan dalam kumpulan B.

Beregu itu berjaya menewaskan pasangan Phang Zheng Lin dan Yew Hong Kheng dengan mata 21-16, 21, 18 dalam masa 25 minit.

Kejohanan selama empat hari itu menawarkan hadiah wang tunai RM84,000. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan