Hajat Nicol Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Khamis, 3 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David kecundang dalam percubaan beliau untuk meraih gelaran juara pertama bagi kejohanan skuasy Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) bagi musim 2011.

Nicol kalah kepada pemain England Laura Massaro 9-11, 7-11, 11-9 dan 8-11 pada perlawanan akhir kejohanan Cleveland Racquet Classic 2011 yang berlangsung di Cleveland Racquet Club, Ohio, Amerika pada Rabu.

"Inilah permainan terbaik saya," kata Massaro bagi mengulas kemenangannya seperti yang tersiar dalam laman web skuasy www.squashsite.co.uk.

Nicol, yang menjadi pemain profesional pada 2000, belum pernah kalah kepada Massaro dalam lapan pertemuan mereka sebelum ini.

Pada peringkat separuh akhir kejohanan itu, Nicol, yang dinobatkan sebagai Player of the Year Wispa untuk kali kelima berturut-turut dua minggu lepas, mengalahkan Annie Au dari Hong Kong 11-5, 11-6, 11-7.

Sebelum berjumpa Nicol pada perlawanan akhir, Massaro, pemain nombor sembilan dunia, mengalahkan Madeline Perry dari Ireland 11-8, 11-9, 9-11 dan 11-5.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan