Datuk Lee Chong Wei Sertai Proton Nasional Sirkit 2010

Diterbitkan: Selasa, 1 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei adalah antara 54 pemain yang disenaraikan akan menyertai kejohanan badminton Proton Nasional Sirkit Grand Prix Final 2010 di Stadium Negeri di sini dari 18-21 Februari ini.

Naib Presiden Persatuan Badminton Terengganu (PBT) Harry Isaac berkata semua pemain terbaik di negara ini, baik perseorangan ataupun beregu akan hadir dalam kejohanan kali ini.

"Ini kali kedua Terengganu telah diberi penghormatan untuk mengendalikan kejohanan berprestij ini. Kali pertama ialah dua tahun lalu," katanya kepada Bernama.

Harry berkata kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM84,000 dan kategori yang dipertandingkan ialah perseorangan lelaki-wanita, beregu lelaki-wanita, beregu campuran serta perseorangan lelaki-wanita remaja.

Beliau berkata kejohanan itu akan memberi peluang kepada peminat-peminat badminton di negeri ini menyaksikan jaguh-jaguh badminton negeri beraksi.

Dalam perkembangan lain, Harry berkata buat masa ini PBT tidak dapat bergerak cergas disebabkan masalah kewangan terhad.

Untuk mengatasi masalah itu, beliau berkata persatuan merancang akan membina dewan badminton sendiri sebagai punca pendapatan, selain untuk aktiviti pemain.

Harry berkata untuk mencungkil bakat, persatuan akan menghidupkan balik klinik-klinik badminton di setiap daerah mulai tahun ini.

Katanya yang lebih penting lagi ialah persatuan akan berusaha mendapatkan jurulatih berwibawa, kemungkinan dari luar negara untuk membimbing pemain-pemain Terengganu.

"Kita agak terkebelakang dalam sukan badminton berbanding negeri-negeri lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan