ATP Terbuka Malaysia: Nazim Berpasangan Dengan Davydenko

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain tenis kebangsaan, Nazim Khan dipilih oleh Persatuan Lawn Tennis Malaysia untuk bergandingan dengan Nikolay Davydenko dari Rusia atas tiket wildcard dalam undian utama kategori beregu pada Jelajah Dunia ATP Terbuka Malaysia yang akan berlangsung bermula 25 September hingga 3 Oktober ini.

Memandangkan buat julung kalinya pemain Malaysia berpasangan dengan pemain yang menduduki ranking 10 terbaik ATP, Nazim mengakui berasa gembira dan pada masa sama gementar untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan.

"Saya amat gembira dan merasa bertuah kerana dapat berpasangan dengan pemain ranking keenam dunia. Sudah semestinya saya akan cuba melakukan yang terbaik bersama Davydenko dan memenuhi harapan peminat," katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat media mengenai kejohanan itu di sini, Khamis.

Terdahulu, pemain berusia 17 tahun itu pernah berentap pada kejohanan sama tahun lalu tetapi dalam kategori perseorangan. Tuah tidak mengiringi Nazim tahun lalu apabila dia tewas pada pusingan pertama.

Nazim berkata, peluang kedua yang diberikan kali ini sedikit sebanyak menjadi perangsang buat dirinya untuk cuba melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Berbekalkan pengalaman yang diperoleh ketika mewakili negara pada Piala Davies Remaja dan beberapa kejohanan di luar negara, Nazim berazam untuk memperbaiki rentak permainannya.

Selain Nazim, Siyew Ming, 31, turut mengisi slot wildcard dalam kategori perseorangan pada kejohanan yang turut menampilkan beberapa pemain ternama seperti Robin Soderling, Tomas Berdych dan David Ferer.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan