Nadal Tewas Kepada Pemain Pilihan Ke-13

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nadal gagal beraksi pada tahap sebenar.
Nadal gagal beraksi pada tahap sebenar.

PEMAIN nombor satu dunia, Rafael Nadal tewas mengejut 6-1, 3-6, 6-3 kepada Juergen Melzer dari Austria pada pusingan ketiga Shanghai Masters manakala Roger Federer dan Novak Djokovic meneruskan kemaraan masing-masing.

Nadal yang memenangi Terbuka Tokyo, Ahad dan beraksi dalam tiga kejohanan berturut-turut belum pernah kecundang di tangan Melzer dalam lima pertemuan terdahulu.

Peminat Nadal kelihatan kecewa apabila pemain dari Sepanyol itu melepaskan dua pukulan servis pada set pertama dan melakukan beberapa kesilapan untuk memberi mata mudah kepada lawan.

"Ia tidak mengejutkan saya. Saya tidak bermain dengan baik. Saya akui tidak begitu agresif di gelanggang dan melakukan banyak kesilapan berbanding biasa.

"Secara amnya, saya sedikit kepenatan dari segi fizikal dan mental. Anda tidak boleh mengharapkan untuk mencatat kemenangan setiap minggu," jelasnya.

Melzer berkata dia memanfaatkan peluang untuk membenam lawan selepas melihat keadaan Nadal yang tidak berada dalam keadaan 100 peratus cergas," ujarnya.

Nadal pernah muncul juara kejohanan Wimbledon, Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Terbuka Perancis, musim ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan