Bryan Menang Pingat Gangsa Acara 10M Platform

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Selepas merangkul pingat pertama acara terjun lelaki untuk Malaysia di Sukan Komanwel XIX di sini, Bryan Nickson Lomas menggondol satu lagi pingat dalam acara 10m platform lelaki di Kompleks Akuatik Dr S.P. Mukherjee di sini, Rabu.

Dia memenangi pingat gangsa selepas mengumpul 487.15 mata.

Pingat emas dimenangi peserta England, Tom Daley dengan 538.35 mata dan perak dirangkul oleh Matthew Mitcham dari Australia yang mendapat 509.15 mata.

Ooi Tze Liang yang turut bertanding dalam acara itu bagaimanapun hanya memperoleh tempat ketujuh selepas mengumpul 411.15 mata.

Semalam, Bryan dan Yeo Ken Nee memenangi pingat gangsa dalam acara 3m synchro lelaki.

Sementara itu, pasangan beregu campuran badminton negara dilanda kesedihan apabila Chan Peng Soon/Goh Liu Ying kalah kepada pasangan Chayut Triyachart/Yao Lei dari Singapura dengan keputusan 14-21, 21-17, 17-21 dalam persaingan merebut pingat gangsa di Kompleks Sukan Siri Fort.

Yang nyata, Liu Ying banyak membuat kesilapan membolehkan Triyachart dan Yao Lei mengambil peluang untuk menambah mata.

Peng Soon cuba untuk bertahan tetapi akhirnya terpaksa mengaku kalah selepas diserang secara agresif oleh pasangan Singapura.

Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo akan meneruskan misi mereka hari ini untuk memburu pingat emas dalam acara lelaki dan wanita.

Koo Kien Keat/Chin Ee Hui akan menggalas tanggungjawab dalam beregu campuran manakala Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dalam beregu lelaki. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan