Nadal Akui Mustahil Raih Empat Gelaran - Raket | mStar

Nadal Akui Mustahil Raih Empat Gelaran

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal berpuas hati dengan pencapaiannya musim ini, namun pemain dari Sepanyol itu tetap menganggap sasaran meraih empat gelaran Grand Slams musim ini adalah diluar kemampuannya.

Nadal menguasai perlawanan Shanghai Masters, menjuarai Wimbledon, Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Perancis serta beberapa kejohanan lain lagi dalam masa sepuluh bulan musim ini.

Bagaimanapun keghairahan menguasai dunia dalam acara tenis ini sedikit tercalar setelah tersekat pada pada saingan suku akhir Terbuka Australia gara-gara kecederaan lutut, Januari lalu.

“Bagi saya memenangi empat gelaran dalam satu musim adalah sangat mustahil. Namun saya akan cuba meraih gelaran itu tahun depan,” katanya.

Pemain yang berusia 24 tahun ini sehingga kini berada dalam kedudukan selesa, namun mengakui jadual perlawanan yang padat menjadikannya sedikit penat.

“Tahun ini saya sedikit penat berbanding tahun sebelumnya kerana saya lebih banyak berada di gelanggang berbanding rehat,” katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan