Lendl Teruja Beraksi Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Lendl ketika perlawanan Showdown of Champions menentang Mats Wilander baru-baru ini. Foto: Star/RAJA FAISAL HISHAN
Aksi Lendl ketika perlawanan Showdown of Champions menentang Mats Wilander baru-baru ini. Foto: Star/RAJA FAISAL HISHAN

LAGENDA tenis dunia, Ivan Lendl gembira setelah kembali beraksi bertemu bekas jaguh tenis dunia pada perlawanan Showdown of Champions yang berlangsung hujung minggu lalu.

Lendl,50, dari Czechoslovakia terkenal dengan topspin forehand telah menerima gelaran Grand Slam sebanyak lapan kali sepanjang kariernya, iaitu Terbuka Perancis (1984,1986, 1987), Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 1985,1986,1987 dan Terbuka Australia (1989,1990), manakala 86 gelaran Jelajah ATP.

Pada tahun 1994, Lendl mengumumkan persaraan dari beraksi di peringkat dunia kerana mengalami sakit belakang yang serius.

“Saya sangat teruja dengan dengan aksi come back kali ini setelah sekian lama tidak berada di gelanggang, lebih-lebih lagi dapat bermain dengan bekas jaguh tenis lain.

“Biarpun ia sekadar pertunjukan namun saya sangat berpuas hati dengan sambutan peminat-peminat tenis di Kuala Lumpur,” katanya baru-baru ini.

Pemain yang mendapat taraf kerakyatan Amerika Syarikat itu berkata, biarpun telah lama meninggal dunia tenis, namun dia tidak pernah mensia-siakan pengalaman yang diperolehi sepanjang kariernya itu dengan menubuhkan ‘Akademi Juara-juara Ivan Lendl’ untuk pemain-pemain remaja tenis dan golf di Florida.

Selain itu dia juga masih menyertai perlawanan secara kompetitif secara kecil-kecilan dan turut terlibat mengembangkan karier anak perempuannya, Marika dan Isabelle dalam acara golf yang mana kedua-keduanya adalah pasukan Golf Wanita Universiti Florida.

“Saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang, lebih-lebih lagi ada beberapa pemain dari akademi saya telah berjaya sebagai pemain tenis,” katanya

Sementara itu Lendl berkata, kemunculannya di pertunjukan ini sangat menarik kerana kembali bertemu musuh utamanya pada tahun 1980-an, Mats Wilander.

“Wilander merupakan pemain yang hebat dan saya menghormatinya. Kami berdua selalu bersaing dan berusaha untuk mengalahkan antara satu sama lain.

“Kali terakhir saya bertemunya ialah pada April lalu di Atlantic City dan saya gembira kerana kembali ke gelanggang bertemunya dan ia sememangnya sangat istimewa,” katanya.

Pada perlawanan itu, Wilander menang dengan keputusan 6-4, 6-4.

Selain Lendl dan Wilander, turut beraksi pada perlawanan pertunjukan itu termasuk empat lagi lagenda tenis dunia melibatkan Anna Kournikova, Pat Cash, Goran Ivanisevic dan Martina Hingis.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan