Youzhny juara ATP Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor sembilan dunia, Mikhail Youzhny berjaya merangkul gelaran juara kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia setelah menundukkan pemain dari Kazakhstan, Andrey Golubev pada saingan akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.

Bagaimana pun Youzhny dari Rusia dipaksa bekerja keras sebelum mencatat keputusan tie break 6-7 (7-9), 6-2, 7-6 (7-3).

Kejayaan ini sekali gus turut mencatat kecemerlangan pemain dari Rusia apabila pada tahun lalu Nikolay Davydenko turut merangkul gelaran ini.

“Ia merupakan satu perlawanan yang sukar bagi saya dan adalah perlawanan indoor saya yang pertama selepas Terbuka Amerika Syarikat.

“Andrey adalah pemain yang hebat selepas mengalahkan beberapa pemain ternama sebelum ini. Saya percaya dengan umurnya yang masih muda, dia berpeluang pergi lebih jauh selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Youzhny ,28, berkata, pada perlawanan akhir ini dia berasa sedikit bertuah kerana faktor kepenatan yang dialami Golubev memberi kelebihan kepada.

“Perlawanan sengit pada saingan separuh akhir menentang David Federer sebelum ini menjadikan dia (Golubev) penat dan hari ini dia kelihatan sedikit kecewa. Pun begitu dia adalah pemain yang hebat setelah terus mengekori rapat mata saya,” katanya.

Dengan kemenangan ini, Youzhny berjaya meraih wang tunai bernilai US153,500 (RM473,931.26) bersama trofi kejohanan.

Sementara itu, pada saingan beregu, Frantisek Cermak (Republik Czech) dan Michal Mertinak (Slovakia) yang menjadi pasangan pilihan kedua kejohanan berjaya menundukkan Mariusz Frytenberg / Marcin Matkowski dari Poland dengan keputusan 7-6,7-6 selama 1 jam 51 minit.

Cermak/Mertinak turut meraih hadiah kemenangan bernilai US46,750 (RM144,341) berserta trofi kejohanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan