Amaes Selvaraj Sebagai Pengarah Tinggi BAM

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain dan jurulatih badminton kebangsaan Datuk James Selvaraj dilantik sebagai Pengarah Pencapaian Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mulai 1 September ini.

Presiden BAM Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh ketika mengumumkan berkata, Selvaraj yang juga Pengurus Kanan Bata Marketing Sdn Bhd, adalah calon terbaik untuk jawatan itu, bukan hanya latar belakang beliau dalam sukan tetapi juga pengalamannya yang banyak dalam pengurusan.

"Beliau telah mewakili negara sebagai pemain dan jurulatih. Beliau juga mempunyai banyak pengalaman dalam pengurusan dan menjadikannya calon paling sesuai untuk jawatan terpenting ini," kata Mohd Nadzmi dalam kenyataan,Jumaat.

Beliau berkata Selvaraj akan bekerja dengan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan, jurulatih dan pemain, dalam semua aspek program pencapaian tinggi pasukan kebangsaan termasuk program kejurulatihan dan latihan kebangsaan.

"Memandangkan ini, BAM berharap untuk mengeluarkan pemain yang berjaya seperti yang tunjukkan pada kejohanan dunia dan sukan utama serta membangunkan satu sistem pemain pelapis yang kuat dan kekal untuk mengeluarkan generasi juara akan datang," kata Mohd Nadzmi.

Selvaraj adalah bekas pemain kebangsaan pada akhir 1970-an. Antara pencapaian beliau adalah pingat gangsa di Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977, naib johan Piala Thomas pada 1976 di Bangkok, Thailand dan gangsa di Sukan Komanwel di Edmonton, Kanada pada 1978.

Sementara itu Nadzmi juga berkata BAM memutuskan akan menambah insentif dari RM30,000 hingga RM50,000 kepada pemain atau pasangan yang muncul sebagai juara Kejohanan Dunia BWF di Paris, Perancis yang akan diadakan dari 23 hingga 29 Ogos ini.

Ini merupakan galakan tambahan dan juga peringatan kepada semua pemain kita bahawa BAM sentiasa bersedia memberikan motivasi dan yang lebih untuk meraih yang terbaik dalam acara utama," kata beliau.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan