Pemain Badminton Malaysia Lepasi Halangan Pertama, Perenang Gagal Dalam Saringan

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pemain badminton Malaysia mengatasi lawan masing-masing manakala perenang pula gagal menyerlah pada hari pertama temasya Sukan Olimpik Belia (YOG) di sini, Ahad.

Pemain badminton remaja Loh Wei Sheng dengan mudah mengatasi lawannya tetapi perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dalam usaha memburu pingat emas.

Beliau memulakan cabaran dengan mudah menewaskan pemain Seychelles Kervin Ghislain 21-8, 21-5 dalam masa bawah 25 minit pada perlawanan Kumpulan C.

Loh perlu menewaskan pemain Turki Lale Emre esok dan kemudian pemain Vietnam Nguyen Huynh Tong Thao bagi muncul juara kumpulan sebelum layak ke pusingan suku akhir.

Dalam pada itu, pemain perseorangan wantita Sonia Cheah, turut melalui perlawanan mudah apabila menewaskan pemain Mexico Mariana Ugalde, 21-14, 21-9 sebelum melengkapkan jadual Kumpulan F dengan menentang Fatima Azeez dari Nigeria dan Ebru Tunali dari Turki.

"Pingat emas adalah sasaran sukar dicapai. Saya amat berbangga sekiranya dapat layak ke separuh akhir," kata Sonia, adik kepada pemain negara Lydia Cheah yang sedang mengikuti latihan bersama skuad negara di Bath, England, bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Paris.

Sementara itu, dalam acara renang, dua perenang remaja negara gagal ke peringkat akhir apabila kandas pada acara saringan di Sekolah Sukan Singapura, Ahad.

Kevin Lim Kar Meng, 18, menamatkan acara 400m gaya bebas lelaki dengan hanya mencatatkan masa empat minit 05.53 saat untuk menduduki tangga keenam pada saringan ketiga walaupun masa kelayakan untuk YOG yang dicipta adalah 4:06.03s.

Hanya lapan daripada 29 perenang, yang mencipta masa kurang daripada empat minit layak ke pusingan akhir nanti.

Lim, bagaimanapun, mempunyai satu lagi peluang dalam acara 200 gaya bebas, Isnin.

Seorang lagi perenang remaja, Lai Wei Li, 17, mengalami nasib malang apabila dia bersama perenang dari Guam, Karla Yolanda Rafaela dibatalkan penyertaan dalam acara 200m rampaian individu wanita.

Bagaimanapun Lai, mempunyai dua lagi acara iaitu 200m dan 400m gaya bebas, Isnin.

Atlet Malaysia lain dalam YOG ialah Navin Raj Subramaniam (lompat tinggi), Muhd Ajmal Aiman Mat Hassan (110m lari berpagar), Mohd Fahme Zam Zam Mehamad (lompat galah), Lee Wan Nin (gimnastik), Khairunneeta Mohd Affendy, Muhamad Amirul Shafiq Md Jais (kapal layar), Fatin Atikah Osman (angkat berat) dan dua penerjun Pandelela Rinong dan Oii Tze Liang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan