Lin Dan Mungkin Sekali Lagi Jadi Penghalang Buat Chong Wei - Raket | mStar

Lin Dan Mungkin Sekali Lagi Jadi Penghalang Buat Chong Wei

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan undian bagi Kejohanan Dunia BWF 2010 dilihat tidak memihak kepada pemain harapan negara Datuk Lee Chong Wei, apabila beliau dijangka bertemu dengan pemain China Lin Dan di peringkat separuh akhir lagi.

Walaupun laluan dilihat agak sukar bagi pemain nombor satu dunia itu, namun Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai tetap menerimanya secara positif, dengan mengatakan Chong Wei masih berpeluang mara ke peringkat akhir.

"Apa sahaja boleh berlaku, Chong Wei ketika ini penuh bersemangat dan berkeyakinan tinggi selepas memenangi Terbuka Taipei baru-baru ini.

"Jika dia dapat kekalkan momentum ini, saya pasti dia dapat mara ke peringkat akhir dan seterusnya muncul juara," katanya kepada pemberita setika ditemui selepas undian berlangsung di Park Royal Hotel di sini Isnin.

Chong Wei sebelum ini hanya memenangi enam daripada 20 pertemuan dengan Lin Dan.

Dalam pertemuan terakhir mereka di peringkat akhir Pial Thomas Mei lepas, Lin Dan menewaskan Chong Wei 21-17, 21-8.

Lain-lain pemain Malaysia yang yang akan bersaing dalam Kejohanan dari 23 hingga 29 Ogos di Paris itu termasuk perseorangan lelaki Muhammad Hafiz Hashim, beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen; serta perseorangan wanita Wong Mei Chew dan Lydia Cheah.

Sementara itu Ng berkata Chong Wei dan jurulatih Datuk Misbun Sidek tidak akan menyertai pemain-pemain lain dalam sesi latihan khas sebelum ke kejohanan itu di University of Bath, London.

"Misbun meminta supaya beliau tidak menyertai sesi itu disebabkan soal peribadi yang perlu diselesakannya di sini, dan dia yakin latihan lebih baik dapat dijalankan di sini," katanya.

Skuad Malaysia akan berlepas ke London Rabu ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan