BAM Rombak Skuad Elit Hadapi Temasya Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengadakan pemilihan serta rombakan pemain dan jurulatih skuad elit negara sebagai persediaan ke temasya antarabangsa.

Setiausaha BAM Ng Chin Chai berkata skuad yang turut dianggotai pemain pelapis itu, akan diletakkan di bawah seliaan bahagian Kejurulatihan dan Latihan (C&T).

"Kita telah membuat beberapa perubahan terhadap pemain dan pelapis negara dalam penglibatan ke skuad elit, dan turut melantik jurulatih baru dalam setiap acara tertentu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa BAM di sini.

Dalam pemilihan membabitkan 44 pemain lelaki dan 20 pemain wanita itu, Rashid Sidek dipilih sebagai jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan bagi perseorangan pelapis lelaki manakala Rexy Mainaky untuk beregu lelaki.

Sementara itu, bagi kategori wanita, Wong Tat Meng pula dilantik sebagai jurulatih perseorangan, Tan Kim Her bagi perseorangan pelapis dan Pang Cheh Chang untuk beregu wanita.

Selain itu, Ng berkata pemilihan bagi jawatan Pengarah Prestasi Tinggi C&T akan diadakan 20 Ogos depan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan siapa calon yang akan dipilih.

Katanya, pemain pelapis wanita dalam semua kategori perlu dipilih kerana belum mencukupi.

Bagaimanapun, beliau berkata dua pemain perseorangan dan seorang pemain beregu lelaki perlu digugurkan kerana kouta skuad elit telah dipenuhi.

Kategori perseorangan hanya menawarkan enam tempat berbanding lapan calon manakala kategori beregu pula menawarkan lapan tempat berbanding sembilan pemain.

Ng berkata BAM akan terus memantau prestasi skuad negara setiap enam bulan bagi memastikan prestasi pemain berada di tahap memberangsangkan.

Beliau juga berkata pemain beregu Wong Pei Ty telah direhatkan daripada skuad elit akibat kecederaan rawan yang serius.

Dengan ketiadaan Pei Ty, regunya Chin Ee Hui akan dipasangkan dengan pemain lain. Sementara itu, Ng berkata laporan penilaian Kejohanan Piala Thomas dan Uber telahpun siap.

Bagaimanapun, beliau berkata laporan itu memerlukan pengesahan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan ahli lembaga BAM sebelum dimaklumkan kepada media. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan