Kejuaraan Badminton Remaja: Perlis, Kelantan Tidak Sahkan Penyertaan

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Kamal Harun (dua dari kiri)menyerahkan logo kejohanan kepada Datuk Mohamed Al-Amin(dua dari kanan). Foto THE STAR KAMARUL ARIFFIN
Datuk Kamal Harun (dua dari kiri)menyerahkan logo kejohanan kepada Datuk Mohamed Al-Amin(dua dari kanan). Foto THE STAR KAMARUL ARIFFIN

PETALING JAYA: Edisi keenam Kejuaraan Badminton Remaja Kebangsaan 100 PLUS Antara Negeri 2010 yang akan bermula 5 hingga 8 Ogos di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, akan disertai 12 negeri seluruh Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya kecuali Perlis dan Kelantan.

Menurut Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid kegagalan Perlis dan Kelantan untuk mengesahkan tempat dalam kejohanan ini berpunca daripada masalah kewangan.

"Kebiasaannya mereka akan menghantar pasukan beraksi pada kejohanan ini. Namun kali ini situasi sedikit berbeza disebabkan faktor kewangan, ditambah pula dengan perjalanan yang panjang untuk sampai ke sini," katanya.

Memandangkan pemain yang terlibat dalam kejuaraan itu kebanyakannya berusia antara 12 hingga 18 tahun, ia juga antara faktor kedua-dua negeri gagal mengesahkan penyertaan kerana terdapat beberapa pemain terlibat dengan peperiksaan di sekolah masing-masing.

Lebih menarik, kejohanan yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada 100 PLUS buat kali ketiga itu akan menyaksikan penyertaan Pasukan Badminton Putrajaya yang baru saja diserapkan sebagai ahli bersekutu BAM.

Mohamed Al-Amin berkata, kejohanan itu merupakan sebahagian daripada program pembangunan sukan yang dikendalikan BAM untuk mencungkil bakat baru selain mengetengahkan pemain remaja ke peringkat lebih tinggi.

Sama seperti Sirkit Badminton Remaja Kebangsaan 100 PLUS, pertandingan secara berpasukan itu dianggap sebagai platform penting buat pemain muda untuk membuktikan keupayaan mereka dalam usaha negara melahirkan pemain bintang pada masa depan.

"Melihat kepada dua edisi kejohanan terdahulu, tahap dan kualiti pemain yang ditonjolkan pemain muda semakin meningkat. Mereka bukan saja dapat menonjolkan bakat masing-masing tetapi berpeluang bersaing sesama sendiri," jelas Mohamed Al-Amin.

Perubahan format pertandingan kali ini turut menyaksikan naib juara dan juara setiap pasukan akan mengisi slot ke suku akhir secara automatik.

Sementara itu, BAM buat pertama kalinya menawarkan ganjaran wang tunai keseluruhan bernilai RM20,000 untuk kejohanan berkenaan.

Juara akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, naib juara, RM6,000, tempat ketiga, RM3,000 dan tempat keempat, Rm1,500.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, pihaknya memutuskan untuk memberi ganjaran berupa wang tunai pada edisi kali ini supaya dapat menarik lebih banyak penyertaan pemain remaja dalam kejohanan itu.

"Namun negeri masing-masing akan menentukan nilai ganjaran yang akan diperoleh setiap pemain yang terlibat dalam kejohanan itu," katanya.

Seramai 16 pemain remaja dan ditemani empat pegawai dari 13 negeri bertanding akan terlibat dalam kejohanan selama empat hari itu.

Kini, negeri-negeri lain berpeluang memberi tentangan sengit kepada Selangor yang berjaya mempertahankan kejuaraan pada 2008 dan 2009.

Turut hadir pada majlis sidang media kejohanan itu ialah Pengurus Hal-Ehwal Korporat Negara Fraser & Neave, Datuk Kamal Harun dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan