Roddick Kecundang Di Tangan Lu

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lu dari Taiwan meraikan kemenangannya ke atas Roddick. - Foto AFP
Lu dari Taiwan meraikan kemenangannya ke atas Roddick. - Foto AFP

PEMAIN Amerika Syarikat, Andy Roddick mengakui bukan bermain pada tahap sebenar apabila tewas mengejut kepada pemain ranking ke-82, Lu Yen-hsun 4-6, 7-6, 7-6, 6-7, 9-7 pada pusingan keempat semalam.

"Dia (Lu) beraksi dengan risiko tinggi tetapi melakukan pukulan dengan cemerlang. Dia ada rancangan permainan sendiri. Dia lebih layak untuk menang berbanding diri saya. Itu sudah tentu," kata Roddick.

Namun Roddick memberitahu dia mempamerkan aksi mengecewakan pada set ketiga apabila dia cuba memikirkan taktik untuk menjinakkan Lu.

Roddick, 27, pernah menundukkan Lu dalam tiga pertemuan terdahulu tetapi mereka dipertemukan buat kali pertama di gelanggang rumput.

Finalis Wimbledon sebanyak tiga kali itu meletakkan segala kekalahannya disebabkan prestasi hambarnya pada kejuaraan kali ini.

"Ia bukan pukulan servis dan permainan servis saya. Segalanya terlalu mengecewakan," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Andy Roddick , Lu Yen-hsun

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan