Chong Wei Juara Terbuka Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran juara perseorangan kejohanan badminton Terbuka Indonesia dengan mengalahkan pencabarnya Taufik Hidayat dari negara tuan rumah dengan straight set 21-19, 21-8 dalam masa 37 minit.

Jeritan "Yel-Yel" oleh kira-kira 3,000 penonton yang memenuhi Istora Senayan bagi memberi semangat kepada Taufik tidak sedikitpun mematahkan semangat atau mengganggu konsentrasi Chong Wei untuk menampilkan yang terbaik.

Malahan, Chong Wei selepas permainan itu berkata beliau telah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal semenjak sebelum pertandingan lagi bagi menghadapi kerenah penonton Indonesia yang begitu bersemangat ketika memberi sokongan kepada pemain mereka sendiri.

Chong Wei juga berkata beliau tidak menduga akan mendapat kemenangan mudah dengan jurang mata yang lebar dengan pemain nombor satu Indonesia itu.

Chong Wei berkata beliau telah dapat membaca strategi Taufik sejak set pertama lagi. "Dari set pertama lagi saya terus berusaha untuk dapat kemenangan. Setelah dapat set pertama, saya yakin akan menang set kedua," kata Chong Wei yang gembira dengan kemenangannya, meskipun mengakui ia bukan persembahan terbaiknya.

Sementara itu Taufik yang mengejar rekod tujuh kali juara Terbuka Indonesia mengakui bahawa Chong Wei menampilkan persembahan lebih baik kali ini, selain keadaan fizikalnya yang tidak sebaik Chong Wei.

"Perubahan keadaan fizikal ini merupakan perkara biasa dalam sukan dimana prestasinya selalu berputar...tidak akan selamanya di puncak," katanya.

Keputusan lain:

Perseorangan wanita: Saina Nehwal (IND) mn Sayaka Sato (JPN) 21-19 13-21 21-11

Beregu campuran: Robert mateusiak/ Nadiezda Zieba (POL) mn Hendra Setiawan (INA)/Anastasia Russkhikh 21-18 22-20

Beregu wanita: Kim Min Jung/ Lee Hyo Jung (KOR) mn Cheng Wen Hsing/ Chien Yu Chin 21-12 12-21 21-11

Beregu lelaki: Fang Chieh Min/ Lee Sheng Mu (TPE) mn Cho Gun Woo/ Kwon Goo Yi (KOR) 21-16 21-15

- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan