Nadal Mara Ke Pusingan Keempat - Raket | mStar

Nadal Mara Ke Pusingan Keempat

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WIMBLEDON: Pemain pilihan kedua Rafael Nadal telah menyelamatkan keadaan dengan menewaskan pilihan ke-33 Philipp Petzschner dan akan melangkah ke pusingan keempat kejohanan tenis Wimbledon.

Nadal yang bertarung dalam keadaan tangan kiri dan paha kanannya cedera memerlukan lebih dari tiga jam setengah sebelum menewaskan Petzschner 6-4, 4-6, 6-7 (5), 6-2, 6-3 semalam.

Nadal akan bertemu pemain bukan pilihan dari Perancis, Paul Henri Mathieu di peringkat suku akhir nanti.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan