Kien Keat/Boon Heong Kandas, Chong Wei Jumpa Sony

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Beregu terbaik dunia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal meneruskan perjuangan mereka di kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2010 setelah kecundang kepada pasangan utama Jepun Hirokatsu Hashimoto/Noriyoshi Hirata pada perlawanan suku akhir, di Istora Senayan, semalam. Beregu Malaysia tewas dengan keputusan 21-13, 19-21, 18-21, memusnahkan harapan mereka untuk menjadi juara dalam acara yang menawarkan hadiah berjumlah AS$250,000 itu. Pasangan Kien Keat/Boon Heong menang mudah di set pertama namun menghadapi tentangan sengit di set kedua dan set penentuan, yang menyaksikan pertahanan pasangan Jepun begitu mantap.

Pada set kedua, Hashimoto/Hirata pada awalnya meninggalkan jauh pasangan Malaysia itu berjaya mengejar mata untuk menyamakan kedudukan mendekati mata kritikal 19-19, namun mereka akhirnya kalah 21-19 selepas hantaran bulu tangkis tersangkut di jaring.

Pada separuh pertama set ketiga, Kien Keat/Boon Heong mempunyai kelebihan keadaan angin, namun gagal memanfaatkan keadaan dan suatu ketika mata antara kedua-dua pasangan terikat 9-9, 12-12 sehinggalah 17-18. Akhirnya, smash kencang pasangan Jepun yang gagal dikembalikan beregu Malaysia menyudahi perlawanan sengit yang berlangsung selama 49 minit itu.

Dalam acara perseorangan lelaki, ramalan pertemuan antara Datuk Lee Chong Wei dengan pemain pilihan tuan rumah, Sony Dwi Kuncoro di separuh akhir menjadi kenyataan setelah pemain nombor satu dunia itu menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-12, 8-21, 21-12, sementara Sony menewaskan pemain veteran Malaysia Wong Choong Hann 21-11, 21-17.

Sepanjang permainan, Chong Wei menghadapi tentangan sengit Tago terutama pada set kedua ketika beliau terhenti di mata lapan, sementara Tago terus mengumpulkan mata dan berkesudahan 8-21.

Selepas permainan, Tago mengakui kehebatan Chong Wei selain terpaksa berdepan masalah angin dan kecederaan di kakinya pada permainan semalam.

Namun pemain Jepun itu gembira kerana telah memberikan permainan terbaik, sehingga memaksa set penentuan, iaitu yang pertama sepanjang lima kali pertembungan beliau dengan Chong Wei.

Chong Wei berkata beliau bersedia menghadapi Sony, pemain kesayangan Indonesia hari ini dan berusaha melakukan yang terbaik.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan