Chong Wei Pakar Strategi, Kata Sony Dwi Kuncoro

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pemain perseorangan lelaki Indonesia Sony Dwi Kuncoro menyifatkan Datuk Lee Chong Wei, yang akan menentangnya pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2010 hari ini, sebagai pakar mengatur strategi.

"Lee Chong Wei itu strateginya pintar. Dia pintar mengatur rentak permainan, awalnya pelan-pelan kemudian boleh berubah menjadi cepat," kata Sony selepas menewaskan pemain negara Wong Choon Hann pada peringkat suku akhir kejohanan itu di Istora Senayan di sini semalam.

Pemain nombor lapan dunia itu berkata, bagaimanapun, beliau bersedia mengulangi kemenangannya ke atas Chong Wei, seperti yang diraih seminggu lepas pada peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Singapura.

"Lawan dia itu selalu susah dan meletihkan, jadi saya siap mati-matian. Tidak akan ada yang saya simpan," katanya.

Sony berkata beliau akan cuba menikmati permainan menentang Chong Wei pada masa yang sama, berusaha "mengantisipasi" strategi jitu yang diatur pemain nombor satu dunia itu.

Sementara itu, Chong Wei yang merupakan juara bertahan kejohanan itu berkata, kali ini beliau lebih bersedia menentang Sony berbanding ketika Terbuka Singapura.

Katanya, pada ketika itu, beliau mengalami kecederaan di lutut selepas mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Thomas di Kuala Lumpur bulan lepas.

Kecederaan itu kini beransur pulih dan Juara All England tersebut bersedia menampilkan permainan terbaiknya walaupun Terbuka Indonesia memberi banyak cabaran kepada pemain dari negara lain.

"Bermain di Indonesia melawan pemain Indonesia semua susah. Baik Taufik Hidayat, Sony Dwi Kuncoro ataupun Simon Santoso, sama saja. Mereka tentu bersemangat bermain di depan penyokong yang ramai," katanya.

Meskipun begitu, Chong Wei berkata beliau sudah dapat menikmati "aura permainan" di Indonesia, yang sebelum ini "mengerikan."

Beliau kini tercabar untuk memberi persembahan terbaik kepada penonton yang memenuhi Istora Senayan, Jakarta. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan