Lee Chong Wei, Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu lelaki terbaik dunia Khoo Kien Keat/Tan Boon Heong mara ke peringkat suku akhir kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas berjaya melepasi halangan di pusingan kedua.

Chong Wei menang mudah ke atas Marc Zwiebler dari Jerman 21-9 21-14 dalam masa 28 minit, meskipun lututnya masih kelihatan berbalut kerana kecederaan.

Hari ini, beliau akan menghadapi pemain Jepun yang dikalahkannya pada All England Mac lepas, Kenichi Tago. Pada perlawanan hari ini, Tago menewaskan pemain India Gurusaidatt Rajah Manuri Venkata, 11-21 21-18 21-11.

"Tago sudah tentu ada pengalaman kerana kami pernah bertemu di All England, jadi saya tak memandang rendah dia," kata Chong Wei.

Kemungkinan pemain kebanggaan Malaysia itu akan bertemu Sony Dwi Kuncoro semakin terbuka kerana Sony hari ini menewaskan pemain Belanda, Dicky Palyama 21-14 21-17.

Sementara itu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara ke suku akhir kejohanan itu setelah mendapat kemenangan percuma apabila pasangan China Taipei, Liao Min Chun/Wu Chun Wei tidak muncul di gelanggang tanpa alasan jelas.

Pada perlawanan suku akhir Koo Kien Keat/Tan Boon Heong akan bertemu pasangan Jepun Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata, yang mengalahkan satu lagi beregu Malaysia Chow Pak Chuu/Hong Chien Hun dalam perlawanan yang berlangsung tiga set.

Walaupun unggul di set pertama, pasangan beregu muda Malaysia itu tidak mampu mengimbangi permainan pasangan Jepun itu dan menyerah 17-21, 21-19 dan 21-15 dalam waktu 46 minit.

Pasangan beregu ketiga Malaysia Gan Teik Chai/Tan Bin Shen pula tewas kepada pasangan tuan rumah Muhammad Ahsan/Bona Saptono yang mendapat sokongan penuh penonton di Istora Senayan dengan 18-21, 14-21.

Kejutan berlaku dalam beregu lelaki apabila pasangan tuan rumah yang sekaligus pemain kedua terbaik dunia Markis Kido/Hendra Setiawan tewas kepada Chieh Min Fang/Sheng Mu Lee dari China Taipei 25-27, 21-16 dan 21-10.

Keadaan ini memberi kelebihan kepada Kien Keat/Boon Heong untuk menjuarai acara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan