Choong Han Tidak Tertekan Jumpa Sony

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pemain perseorangan lelaki negara Wong Choon Hann akan turun gelanggang menghadapi pemain pilihan tuan rumah Sony Dwi Kuncoro pada peringkat suku akhir kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan petang ini, tanpa sebarang tekanan.

Ini kerana, beliau yang berjaya melepasi halangan pusingan kedua setelah menumpaskan pemain Korea Selatan Shon Wan Ho, dengan 21-18, 21-17 malam tadi, datang sebagai bukan pilihan pada kejohanan ini.

Choon Han berkata beliau sering tewas ketika bertemu Sony, contohnya dalam pertemuan pada Terbuka Malaysia 2009. Sony kini di ranking kelapan dunia manakala Choon Han menduduki tempat ke-15.

"Dia kuat pada keseluruhannya, tak ada satu kelemahan yang besar. Saya cuba saja," katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Wan Ho.

Bagi Choon Han, pencapaiannya malam tadi sudah melampaui sasaran dan beliau akan terus memberi persembahan terbaik di peringkat seterusnya.

"Malam ini strategi saya bagus dalam mengawal speed dalam gelanggang. Sebenarnya saya berharap dia dapat bermain lebih baik... Beberapa kali saya terkejut dengan keputusannya dalam pertandingan," katanya.

Sony, yang menewaskan Dicky Palyama dari Belanda dengan 21-14, 21-17 semalam, berkata beliau tak pernah menganggap mudah semua lawannya, tak kira siapapun mereka.

Pada kejohanan ini, Sony adalah pemain pilihan untuk menang pada peringkat suku akhir kerana undian perlawanan memungkinkan beliau bertemu pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei.

Sementara itu, satu lagi pasangan beregu lelaki Malaysia Choong Tan Fook/ Lee Wan Wah tewas kepada Cho Gun Woo/ Kwon Yi Goo dari Korea Selatan dengan 21-13, 21-10 dalam masa 22 minit.

Selain Choon Hann, Chong Wei dan pasangan Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong terlebih dahulu menempah tempat ke suku akhir.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan