Sony Kuncoro Jumpa Boonsak Ponsana Di Final Terbuka S'pura

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pemain badminton nombor satu Indonesia Sony Cuncoro semalam menempah tiket ke perlawanan akhir Terbuka Singapura buat pertama kali, dan beliau akan berentap dengan pemain Thailand Boonsak Ponsana bagi merebut takhta kejuaraan itu hari ini.

Dalam perlawanan separuh akhir di stadium tertutup di sini petang semalam Sony Cuncoro menumpaskan pemain India Parupalli Kashyap 21-19, 21-19, manakala Boonsak Ponsana, juara kejohanan 2007, mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan jaguh Denmark Peter Gade dengan 20-22, 21-17, 21-16 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Sony yang menewaskan pemain nombor satu dunia dari Malaysia Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan suku akhir Jumaat lepas, kini berpeluang untuk melakar sejarah tersendiri, merangkul gelaran juara kejohanan Terbuka Singapura buat pertama kali dalam kariernya.

Beliau pernah merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik, pingat perak dalam kejohanan dunia, juara Sukan Asia empat kali, dan beberapa gelaran juara Super Series, namun belum pernah muncul juara Terbuka Singapura.

"Saya sedang menikmati kejayaan hebat dalam karier saya ketika ini, dan sikap inilah yang akan saya bawa ke perlawanan akhir esok, saya lebih tenang, mungkin itu sebabnya saya boleh tumpaskan Kashyap hari ini," kata pemain berumur 26 tahun itu.

India bagaimanapun mendapat sedikit penawar ekoran kejayaan pemain perseorangan wanitanya Saina Nehwal menewaskan juara dunia dari China Lu Lan, dalam pertembungan separuh akhir.

Saina, menumpaskan Lu Lan dengan 8-21, 21-17, 21-8, dan esok beliau akan bertemu dengan pemain dari Taiwan Tai Tzu Ying dalam perlawanan akhir.

Tzu Ying, pemain di tangga ke-118 dunia menewaskan pemain Korea Selatan Bae Youn Joo 21-16,21-18 dalam pertembungan separuh akhir.

Sementara itu pasangan beregu lelaki dari Taiwan Fang Chieh Min dan Lee Sheng Mu pula menundukkan juara Sukan Olimpik dari Indonesia Markis Kido dan Hendra Setiawan 21-19, 21-9. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan