Sony Juarai Badminton Terbuka Singapura

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sony Dwi Kuncoro mengakhiri kemarau juara selama dua tahun bila memenangi perseorangan lelaki Terbuka Li Ning Singapura di stadium tertutup di sini hari ini.

Pemain Indonesia berusia 26 tahun itu mengatasi Boonsak Ponsana, pemain Thailand yang cergas, dan johan 2007, 21-16, 21-16 bagi merangkul kejuaraannya yang pertama sejak memenangi China Masters pada September 2008.

Tetapi bukan mudah buat Sony yang terpaksa menentang musuh Thai itu yang membuktikan prestasi cemerlang sepanjang minggu, yang memasuki peringkat akhir, terutama selepas menumpaskan Peter Gade, Denmark pada separuh akhir.

"Persediaan Boonsak di kejohanan itu amat baik. Kemenangannya mengatasi Peter Gade di separuh akhir bukti jelas bahawa tidak mudah untuk mengetepikan beliau," kata Sony.

"Saya harap kemenangan ini akan beri saya keyakinan. Memang saya telah tidak mengalami perasaan seperti ini untuk sekian lama. Mungkin ini permulaan buat saya," tambah Sony.

Pada peringkat akhir wanita, pemain India, Saina Nehwal membuktikan kehebatannya dengan menang 21-18, 21-15 ke atas remaja Taiwan Tai Tzu Ying untuk merangkul kejuaraan perseorangan wanita.

Namun dalam kemenangan itu beliau memuji pemain berusia 16 tahun dari Kashiung itu. "Beliau seorang pemain berbakat dan punya masa depan cerah," kata Saina yang merangkul kemenangan kedua berturut-turut berikutan kejayaannya di Grand Prix Emas India minggu lepas.

Regu lelaki jatuh kepada pasangan Taiwan Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu yang menumpaskan bekas johan dunia Howard Bach/Tony Gunawan dari AS, 21-14, 21-15, sementara Singapura menikmat saat manis kemenangan luar biasa dengan kejayaan regu wanita Yao Lei/Shinta Mulia yang menundukkan pasangan Korea Selatan, Lee Hyo Jung/Kim Min Jung 21-17, 22-20. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan