Sukma: Selangor Menaruh Harapan Kepada Beregu Wanita

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad badminton Selangor menaruh harapan kepada beregu wanita dan pemain pelapis lelaki untuk meraih pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka yang bermula minggu depan.

Pengurus pasukan dan jurulatihnya Abd Rani Mohd Nasir berkata walaupun tidak meletakkan sasaran yang tinggi, namun pihaknya mengharapkan emas daripada pasangan beregu wanita Woon Khee Wei/Chong Sook Chin.

"Woon Khee Wei adalah antara pemain beregu wanita yang membantu kejayaan pasukan Malaysia menewaskan Indonesia dalam acara berpasukan wanita pada Sukan SEA Laos tahun lepas," katanya kepada Bernama.

Abd Rani juga berharap pemain pelapis lelaki seperti Zulfadli Zulkifli dan Misbun Ramadan Misbun, anak kepada ketua jurulatih perseorangan badminton negara Datuk Misbun Sidek, dapat membantu menyumbang kemenangan kepada Selangor.

Mengenai saingan yang bakal dihadapi nanti, beliau berkata Wilayah Persekutuan, Sabah dan Kedah adalah antara kontinjen yang bakal memberi saingan sengit kepada Selangor.

"Jika dilihat daripada kejohanan-kejohanan yang lepas, Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Sabah sering mendominasi kejohanan," katanya.

Menyentuh mengenai persiapan skuad badminton Selangor, Abd Rani berkata para pemain kini sedang menjalani latihan intensif.

Acara badminton akan dijalankan di Mini Stadium Bistari di Ayer Keroh dari 11 hingga 18 Jun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan