Liu Ying Mula Jalani Latihan

Diterbitkan: Isnin, 26 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi mantap Liu Ying/Hui Lin pada kelayakan 
Badminton Terbuka Malaysia Proton  di Stadium Putra Bukit Jalil, dua tahun lalu. Foto BERNAMA
Aksi mantap Liu Ying/Hui Lin pada kelayakan Badminton Terbuka Malaysia Proton di Stadium Putra Bukit Jalil, dua tahun lalu. Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Meskipun diberi tanggungjawab untuk menggalas cabaran negara dalam kejohanan Piala Uber pada 9 hingga 16 Mei depan, pemain beregu wanita negara Goh Liu Ying menarik nafas lega apabila kecederaan yang menyelubunginya semakin pulih.

"Kecederaan yang diperoleh ketika Kejohanan Badminton Asia di New Delhi dua minggu lalu menunjukkan peningkatan ketara. Saya sudah mula berlatih hari ini," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Pada kejohanan itu kelak, Liu Ying akan bergandingan dengan Ng Hui Lin dalam acara beregu wanita.

Dia terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi pada Kejohanan Piala Uber di Indonesia, dua tahun lalu akibat kecederaan serupa.

Namun, pemain berusia 21 tahun itu pernah bergandingan dengan Hui Lin dalam kelayakan Piala Uber di Vietnam pada Mac 2008.

Liu Ying menyifatkan Hui Lin sebagai gandingan terbaik kerana kedua-duanya mengenali antara satu sama lain dan kombinasi mereka begitu mantap.

Mengulas mengenai sasaran pada kejohanan itu, dia dan pasangannya berharap melayakkan diri sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir.

"Jika kami bertemu gandingan dari Jepun atau Indonesia laluan kami tampak senang. Namun jika dipertemukan dengan China, kami perlu bekerja keras. China adalah lawan yang sukar," katanya.

Setakat ini, Liu Ying enggan meletakkan harapan terlalu tinggi tetapi lebih fokus untuk mengembalikan tahap kecergasannya.

Senarai pemain Piala Uber: Wong Mew Choo, Lydia Cheah, Julia Wong, Tee Jing Yi, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, Woon Khe Wei-Vivian Hoo, Goh Liu Ying-Ng Hui Lin.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan